Pada 10hb Mei yang lalu, seramai 3 orang alumni telah secara sukarela untuk menjadi fasilitator bagi program bersama-sama pelajar tingkatan 6 (F6) bawah. Orientasi F6 ini dijalankan dari 8 - 11 mei 2012, bertempat di dewan tertutup SMK Taman Melati.
Fasilitator terdiri daripada En.Mohd Azlan, En. Mohd Anuar dan Cik Nurul Hartini. Untuk makluman semua, fasilitator yang dipilih adalah terdiri daripada mereka yang pernah menduduki peperiksaan STPM. Ini bagi memudahkan sesi perkongsian dengan adik-adik yang baru masuk.
Apa yang kami dapati adalah, adik-adik yang membuat keputusan untuk memasuki F6 adalah pilihan bijak. Tambahan pula, format peperiksaan turut berubah dan mereka adalah perintis bagi perubahan ini. Format STPM adalah berdasarkan semester dan terbahagi kepada 3 bersesuaian dengan format yang dibuat oleh universiti.
Semoga pelajar-pelajar ini akan terus kekal di tingkatan 6. Tiada pengalaman yang boleh dicari ganti dengan pengalaman anda ketika berada disini. Kesempatan berada disekolah membri kami peluang untuk melihat sendiri taman fertigasi yang dihasilkan oleh pelajar tingkatan 6. Taman fertigasi merupakan satu kejayaaan bagi sekolah kerana ianya merupakan taman pertama yang dibuat oleh pihak sekolah. Terima kasih diucapkan kepada fasilitator yang sudi membantu.